21 February 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011

Pada 19hb Febuari 2011 bersamaan 16 Rabiul Awal 1432H telah berlangsung  Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Panitia Pendidikan Islam SKDP. Majlis bermula seawal pagi dengan perarakan murid dan guru sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW bermula dari tapak perhimpunan SKDP menuju ke Dewan Orang Ramai Kg. Desa Putra. Majlis turut dimeriahkan dengan acara pertandingan menghasilkan sepanduk, persembahan nasyid, bersajak dan bercerita.










Pada majlis yang sama juga diadakan Majlis Lantikan Rasmi Pengawas SK Desa Putra 2011. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua PIBG SKDP, Tn. Hj. Ir. Mohd Hatta b Zakaria. Badan Pengawas bagi Sesi 2011 diketuai oleh Khairina Syasya Aina bt Mohd Rizal (6 USM) manakala, Penolong Pengawas Muhammad Mirza Danish b Faizal (6USM).




No comments:

Post a Comment