21 November 2013

PROGRAM PERKHEMAHAN 2013



Program Perkhemahan telah diadakan pada 25 sehingga 26 Oktober 2013 
bertempat di Padang SK Desa Putra, di bawah anjuran unit Kokurikulum.

Jom tengok gambar sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan.
JUMAAT, 25 OKTOBER 2013
Pendaftaran dan taklimat bermula pada hari Jumaat, 25 Oktober 2013 jam 2.30 p.m. 
bertempat di Dewan SKDP.

Aktiviti memasang khemah diadakan pada hari Jumaat selepas pendaftaran murid.

SABTU, 26 OKTOBER 2013
Aktiviti Pertolongan Cemas diadakan pada hari Sabtu, 26 Oktober 2013.

 
Pn. Anita bt. Saridin, GPK Kokurikulum menunjukkan teknik-teknik membuat luka.

 

 
Luka berdarah telah berjaya dihasilkan. Ngerinya...


                  Aktiviti Gari Tangan juga diadakan pada hari Sabtu.

 
Murid-murid begitu seronok berfikir bagaimanakah caranya untuk melepaskan diri daripada ikatan tali.

 
Antara aktiviti yang turut dilaksanakan ialah senamrobik, persembahan murid, 
memasak dan solat berjemaah.

 
Guru-guru turut bergambar kenangan.

No comments:

Post a Comment